MOmMy LiFe

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Monday, September 28, 2009

MUMMY TO BE


Alhamdulillah berkat doa dan usaha kyra n hubby serta keluarga dan rakan finally kyra get pregnant jugak..Syukur sangat pada Yang Maha Esa atas permberian ini.
Tanggal 27 September 2009, Kyra mencuba buat UPT sendiri di rumah.Walaupun takut tapi terpaksa buat jugak kerana period Kyra dah delay dlm 1 week.My breast pun rasa lain macam je...Ya Allah, macam tak percaya je bila Kyra tengok naik 2 line..mengalir air mata ini dalam pelukan hubby Kyra..Both of us menangis kegembiran..Hampir 3 tahun kami berdua menunggu saat2 indah indah ini..Hampir 3 tahun jugak kami sering diajukan pelbagai soalan dr orang sekeliling..Nasib baik hubby sentiasa memberi kata2 semangat...kalau tak Kyra dah rasa macam putus asa je.. Sebaik je tengok result UPT tu kami berdua terus melakukan sujud syukur...Terima Kasih Ya Allah, Kau telah berikan kami berdua satu sinar kebahagian...
Jari Kyra pantas mendail nombor mak Kyra..Bila diberitahu tentang ini..Kami berdua terus menangis dalam telefon...
Petang Kyra terus p Bangi ke Hospital Pakar An Nur..Kyra disahkan pregnant 5 week. Alhamdulillah..Doc telah beri Kyra asid folic dan duspaston...
Kyra harap kawan semua dapat mendoakan Kyra supaya selamat sampai deliver...Kyra juga mendoakan kepada kawan2 supaya turn korang akan sampai lepas ni...Amin..