MOmMy LiFe

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul Yang Indah

Alhamdulillah syukur kerana Kyra masih dapat menyambut Maulidur Rasul pada tahun ni..
Sempena cuti ni Kyra takde pegi mana pun just relax kat umah je..Lagipun hubby takde pergi ke Melaka ada program Khidmat Masyarakat ngan bebudak UUM..so tinggallah kt umah sorang2..ermmm sunyi sangat..

Anyway Kyra ada berita gembira..seorang daripada kawan Kyra dah selamat melahirkan baby kembarnya...Tahniah pd mummy Kina...semoga hidup lebih ceria dan bermakna dengan kehadiran kembarnya yang Kyra selalu panggil upin dan ipin...hehehe
seronok rasanya...harap2 Kyra pun akan jd macam Kina selepas ni..Amin..
Ops lupa pulak lg satu..congrat to Jajan kerana dh preggy..take care tau..

Friday, February 5, 2010

cepatnye masa berlalu

Diam tak diam..dah masuk 5 bulan dia pergi meninggalkan aku...sampai sekarang aku masih merasai kehadirannya...namun aku redha..Allah lebih menyayanginya...dan Allah masih mahu menguji aku....Actually i lost my baby semasa 10 week...walaupun pedih aku terima semua ketentuannya...Nasib baik ada suami yang sentiasa disamping aku...dan juga family yg tidak sudah2 memberi kata2 perangsang kpd ku...
Now aku bangkit semula..aku harap hidup aku akan bersinar kembali...Ya Allah hanya padamu aku berserah..engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk diriku..berilah aku kekuatan menempuh semua ini...Amin..