MOmMy LiFe

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Monday, June 21, 2010

Doa anak buahku




Sungguh kyra terharu dengan anak buah ku sorang ni..Nama anak buah kyra ni zuhayra nasreen tapi kitorg sume panggil dia Era saja..Umurnya 5 tahun. Era ni banyak mulut orangnyer asik pot pet je..kadang2 malas nak layan. Kisah yang membuatkan kyra sungguh terharu dan hampir menitiskan air mata begini.........
Si Era ni sedang asyik dok menulis sambil2 tu layan cerita indon yg lagenda tu kt tv..kebetulan cerita kt tv kisah2 tentang agama sikit, banyak2 doa..Tiba-tiba satu part tu Era tu dengar pelakon tu dok berdoa..lepas je abis pelakon tu berdoa..dia pulak angkat tangan sambil berdoa " Ya Allah ya tuhanku bagilah mummy keluar baby, insyaAllah" pehtu sekali lagi dia doa" Ya Allah ya tuhanku bagilah mamu keluar baby, insyaAllah"..kyra masa tu ada kat atas dok iron baju..Bila dengar hubby n mak kyra cite pasal doa si Era ni terkujat gak kyra..Hubby dan mak pun terkejut gak..Macam mana budak yang baru berusia 5 tahun boleh berdoa sebegitu rupa.Budak kecil ini masih belum matang tapi pemikiran dia sungguh alert dgn situasi kyra. Era ni memang selalu tanya kyra" mummy dh beranak ke belom" "mana anak mummy". agaknye sbb tu lah dia berdoa untuk kyra kot..Harap2 berkat doa Era kyra akan beroleh cahaya mata. Aminnnn

Wednesday, June 16, 2010

Celebrating My Besday

hehehe kali ni kyra nak cite pasal besday kyra yg kyra sambut pada 14 jun. actually besday kyra 15 jun tapi memandang hubby bz ngn sukan petronas , mak kyra pun nk datang on that day, jd hubby decide nak celebrate besday kyra on 14 jun. kyra ingat hubby nak bawak makan2 kt tempat biasa je, yelah ingatkan no more surprise sbb hadiahkan hubby dh bagi awal..ada entry yg kyra cite pasal hadiah besday. kebetulan hari tu kyra pose sunat sempena 1 Rejab so kena sangatla..

Jadi kat sinilah hubby bawak kyra celebrate besday.
~
~

so kira surprise jugakkan.

Jom layan gambar kyra makan..











antara menu yg kyra makan..byk lagi tapi tak sempat snap sbb lapar sgt..yelah pose kan..
~



burp!! saya sudah kenyang...

ada lagi surprise tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


Saturday, June 12, 2010

Malu dengan muka sendiri

Wah tengok tajuk pun dah ngeri entry kali ni..This time Kyra nak borak2 pasal muka Kyra ni. Huhuhu sangat sedih dengan kulit muka ku ini....Kt muka Kyra ni ada jeragat. Since sekolah menengah lagi dah ada tapi time tu cuma sikit2 jew...Tapi sekarang jeragat ni makin banyak pulak. Sampaikan Kyra geli nak tengok muka sendiri...sedihnyer...macam2 produk dah Kyra pakai tapi still tak hilang2..Kyra penah cuba R&Z, Tia Amelia, Natasya dan yang last sekali RZAC cosmetic. Apa lagi produk yang Kyra nak cuba. Ikutkan hati nak pegi je New York Skin tu tapi poketku tak mengizinkan..Kalau pegi situ sekurang2nya mau kena dalam RM 3-4000 ribu...Huuuuhhhh kopak poket Kyra. Berbalik pasal jeragat ni sampaikan Kyra malu nak bercakap dengan orang ramai, nak bersemuka ngan orang lain..Kyra ni bukan jenis yag suka pakai make up tebal..ala kadar je. Tapi since jeragat yang makin berleluasa ni Kyra terpaksa pakai bedak tebal skit nak tutup noda-noda itam ni.Kalau Kyra tak pakai bedak mesti Kyra akan tutup2 muka ni nak elak orang tengok muka ni..huhuhuhu sedihkan..Dengan hubby sendiri pun Kyra malu..Kadang2 sampai tanya dia "takpe ke muka saya camni" nasibla hubby memahami. Hubby pun pernah cakap kalau dia ada duit lebih dia bawak Kyra pi treatment..akanku tunggu janjimu itu...heheehehe
So kawan-kawan ada tak, nak share produk yang boleh selesaikan masalah Kyra ni..Sharing is caring kan kan..

nilah jeragat yang mengganggu muka Kyra

Monday, June 7, 2010

Ramalan kelahiran ku

Kyra pun lahir bulan JUN..just copy paste from kecik saje..

[][] Berfikiran jauh & berwawasan. - memang jauh smpi tak tecapai dek akalku..

[][] Mudah ditawan kerana sikap baik. - ye kot, kalau org tu wat baik kita pun baik juga

[][] Berperangai lemah lembut. - oh No No..i gengster u

[][] Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. - memang pun

[][] Idea yang terlalu banyak di kepala. - yup..sbb tu malam2 susah nk tdo asik fk something je

[][] Bersikap sensitif. - yes i agree it..cengeng hubby ku kata

[][] Sukar melakukan sesuatu dengan segera. - salah..kyra suka wat kerja takde tangguh2 sbb tu penah dpt hadiah dr GB krn wat kerja dgn cepat..

[][] Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). - memang betui..duk dlm keta pun asik berfk je, smpi hubby kata selalu asik berangan jew.

[][] Bersikap suka menangguh-nangguh. - SALAH..tp kalau dtg malas bole jd YA.

[][] Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. - sudah semestinya

[][] Cepat marah & cepat sejuk. - memang betoi tidak dinafikan.

[][] Suka bercakap & berdebat. - emmm tak suka sbb malas cakap banyak.

[][] Suka buat lawak & bergurau. - Ya betoi..hubby akan windu kalau tak dengar lawak ku sehari..ngeee

[][] Otaknya cerdas berangan-angan. - angan2 mat jenin

[][] Mudah berkawan & pandai berkawan. ...emmm no komen

[][] orang yang sangat tertib. - hahaha yolah tu...

[][] Pandai mempamerkan sikap. - kyra pun tak hipokrit..

[][] Mudah kecil hati. - hohoho memang sgt sensetif..

[][] Mudah kena selsema. - dulu ye tp skrg since amalkan scout emulson dh takde lagi.. 

[][] Suka berkemas. - kadang2 kalau dtg rajin.. kalau malas, xde nak kemas2

[][] Cepat rasa bosan. - betul3...

[][] Sikap terlalu memilih & cerewet. - sgt la betul...

[][] Kurang mempamerkan perasaan. - yea ker?? rasa cam selalu jer

[][] Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. - ha.. nie betul.. kalau xcaya try la.. hahahha

[][] Suka pada barang yang berjenama. - yeke..nanti nk selak balik brg apa yg jenama yg ada kt kyra

[][] Mudah menjadi eksekutif. - ..yeke tp nape jd cikgu..huhuhu nak keje opis..

[][] Kedegilan yang tidak terkawal. - i admit..

[][] Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. - takle lagi terangkat bontot

[][]Siapa yang menegur dianggap kawan.- taknak kawan dia
 
inilah serba sedikit tentang diri kyra..jadi sesiapa yg baru nak mengenali kyra..bacalah dulu yang ni...baru ngam habis...

Saturday, June 5, 2010

Terluka lagi

Hatiku terluka lagi.....Kenapa semua ni harus terjadi...Aku tahu aku tak mampu tapi tolonglah jangan sakiti hatiku lagi...Aku dah cuba buang perasaan cemburu tapi bila depan mata aku tak mampu hadapinya...Tolonglah jaga hati ini selagi ia masih berdetik...

Hilangnya Cintamu -- Ost Lagenda Budak Setan

Bila cinta kini
tak lagi bermakna
Yang rasa kini
Hanyalah nestafa
ditinggalkan cinta
masa lalu

Dulu kau tawarkan
manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi tinggallkan ku

Hilangnya cintamu
menusuk hatiku
hingga ku memilih
cinta yang fana

perginya dirimu
merobek jantungku
hinggaku terjatuh
dalam harapan